Portal Aplikasi Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNNS) komited dalam memastikan keselamatan maklumat, sistem dan infrastruktur ICT sentiasa terjamin bagi melindungi kepentingan pengguna serta integriti data pendidikan. Dasar keselamatan ini digubal berdasarkan prinsip-prinsip keselamatan ICT sektor awam dan garis panduan daripada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan MAMPU.
Akses kepada sistem dan aplikasi portal ini hanya dibenarkan kepada pengguna yang sah dan berdaftar. Setiap pengguna bertanggungjawab menjaga kerahsiaan ID dan kata laluan masing-masing. Sebarang penyalahgunaan atau pencerobohan akses tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.
Segala data pengguna yang dihantar atau disimpan melalui portal ini dilindungi dengan kawalan keselamatan seperti penggunaan teknologi penyulitan (encryption), firewall, dan sistem pemantauan capaian. Portal ini menggunakan protokol keselamatan seperti HTTPS untuk melindungi komunikasi antara pengguna dan pelayan.
Semua aktiviti pengguna dalam portal akan dipantau dan direkodkan untuk tujuan audit keselamatan, pengesanan pencerobohan serta pengesahan ketulenan transaksi. Tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat percubaan untuk menjejaskan keselamatan sistem.
Portal ini akan dikemas kini secara berkala bagi menampung kelemahan keselamatan, membaiki pepijat serta mempertingkat fungsi. Pengguna disarankan untuk log keluar selepas tamat penggunaan dan mengelakkan penggunaan akaun di komputer awam atau tidak selamat.
Pengguna portal ini diwajibkan untuk:
Memastikan maklumat akaun mereka tidak dikongsi dengan pihak lain
Melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau pelanggaran keselamatan
Mengelakkan daripada memuat naik fail atau kandungan yang boleh membahayakan sistem
Dasar keselamatan ini boleh dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan operasi semasa. Pengguna digalakkan untuk menyemak dasar ini secara berkala bagi memastikan pematuhan berterusan.