Mohon semua sekolah memberi perhatian terhadap hebahan ini. Kandungan hebahan ini akan sentiasa dikemaskini berdasarkan ralat terkini yang dikeluarkan. Tindakan SEGERA perlu diambil bagi sekolah yang terlibat. Ralat data yang dikeluarkan adalah secara berkala dan mengikut keperluan. Guru Data diingatkan supaya sentiasa membuat semakan data sekolah masing-masing menggunakan Utiliti EMIS Online (Versi KPM) yang boleh dimuat turun melalui Portal EMIS Online. Sebagai tambahan Guru Data juga boleh menggunakan Utiliti Semak EMIS Online (Versi JPN) yang boleh dimuat turun melalui laman web ini.
Untuk melihat senarai ralat sila klik di sini.
Dikemaskini pada Selasa, 24 April 2012 07:22
Sukacita dimaklumkan KPM akan sedang melaksanakan Projek Perkhidmatan 1BestariNet untuk semua sekolah di Malaysia. Ianya merupakan projek penyediaan rangkaian akses internet jalur lebar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.Dikemaskini pada Selasa, 24 April 2012 09:06
Sukacita dimaklumkan bahawa sebarang pembelian peralatan dan perisian ICT di sekolah perlulah dirujuk dan mendapat kelulusan teknikal JKICT-JPN . Sehubungan dengan itu sekolah-sekolah perlu mengambil maklum dan mematuhi berkaitan perkara di atas. Berikut adalah Carta Alir Permohonan Kelulusan Peralatan ICT dan Takwim Mesyuarat Jawatankuasa ICT-JPN bagi tahun 2012.
Takwim Mesyuarat Jawatankuasa ICT-JPN Tahun 2012
| Mesyuarat | Tarikh |
| Mesyuarat JKICT-JPN Bil 1/2012 | 29 Feb 2012 |
| Mesyuarat JKICT-JPN Bil 2/2012 | 2 Mei 2012 |
| Mesyuarat JKICT-JPN Bil 3/2012 | 29 Okt 2012 |
Muat turun: Surat Siaran Panduan Perolehan Peralatan ICT, JKICT-JPN 2012
Dikemaskini pada Selasa, 24 April 2012 09:08
Setiap guru boleh menyemak data peribadi masing-masing di dalam aplikasi EMIS melalui kemudahan LOGIN GURU pada aplikasi berkenaan di alamat http://emisonline.moe.gov.my. Sebarang ketidaktepatan data yang dikesan oleh guru perlulah dimaklumkan kepada Guru Data untuk pembetulan dan perubahan dengan kadar segera. Sila berhubung dengan Guru Data sekolah untuk pertanyaan lebih lanjut.
Dikemaskini pada Isnin, 23 Januari 2012 16:02
Page 1 of 2
Hanya pengguna berdaftar sahaja boleh menghantar mesej.
MEJA BANTUAN
Sebarang pertanyaan / aduan berkaitan di bawah:
Bantuan Teknikal
018 799 8787
Jadual Pelaksanaan
018 799 8771
e-mel:
moesupport@ytlcomms.my
1 800 22 7722
En Salman: 012 424 8685
Pn Habibah: 012 251 8581
Struktur Mestika
Tel: 06 761 2580 (Pej)
En Azlim: 016 216 5301
ETD Makmur
Tel: 03 8941 8177 (Pej)
- Prof. Diraja Ungku Aziz -
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran.
Hak Cipta Terpelihara © 2009 - 2012. Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan